|
||
[Laman Utama] [MRT] [Produk] [Testimoni] [Syarikat] [Kenapa Elken] [Aktiviti] [Stokis] [Pengedar] [Forum] [Pra Pendaftaran] |
||
Assalamualaikum dan salam sejahtera, Ke hadapan saudara-saudari yang saya kasihi. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya Ramdhan Ismail dan saya adalah orang yang memperkenalkan ELKEN kepada anda secara langsung atau tidak langsung. Saya mengharapkan saudara-saudari boleh membaca warkah ini dengan sepenuh tumpuan dan selepas itu, saudara-saudari boleh menepuk dada, tanya selera dan putuskan dengan minda. Terima kasih kerana memberi ruang untuk ELKEN berada di hati anda. Secara tidak langsung, sekiranya anda memerhatikan logo syarikat ELKEN, iaitu dua hati bercantum, bermakna HATI ke HATI. Konsep ini telah di amalkan oleh ELKEN dalam pembangunan perniagaannya di mana lebih kepada sifat keikhlasan, perkongsian, kerja berkumpulan, budaya kerja dan system yang adil di samping produk-produknya yang memang berkualiti dan juga konsep yang di amalkan iaitu Terapi Pembaharuan Molekul (MRT). Kenapa Elken berbeza dengan Syarikat “health food” atau MLM/Direct selling yang lain di Malaysia? Bagi diri saya, budaya elken telah membuatkan saya rasa “kelainan” dan terus mengambil keputusan membuat perniagaan ini tanpa melengahkan masa. Kenapa? Dahulunya saya tidak yakin yang saya boleh membuat perniagaan MLM secara bersungguh2 kerana saya tidak tahu caranya, tetapi ELKEN telah membuka mata saya di mana perniagaan ini amatlah senang di mana hanya berkonsepkan “buka cerita” iaitu perkongsian kualiti produk di mana saya sendiri telah mencuba produk2 elken dan nampak keberkesananya iaitu berat badan saya turun 20kg dalam masa 2 bulan tanpa memberi kesan sampingan malah lebih sihat dan ceria, Penyakit migraine dan gastrik yang saya hidapi selama 5 tahun sudah hilang dan saya amat berterima kasih kepada penaja saya kerana memperkenalkan saya dengan produk ELKEN. Konsep MRT ELKEN telah memberi saya pengetahuan tentang kesihatan secara menyeluruh di mana produk-produk ELKEN ialah cara yang berkesan dan sekiranya badan anda sudah sihat selepas pengambilan produk-produk ELKEN, bukan produk ELKEN yang hebat tetapi adalah badan anda sendiri. Produk-produk dan konsep MRT ELKEN hanya menunjuk cara bagaimana mendapat badan yang hebat !. Isteri saya juga telah menggunakan produk ELKEN dan dapat hasil yang memuaskan iaitu parut-parut kecil di seluruh badan disebabkan kena “chicken-pox” telah hilang dalam masa 2 bulan di samping melicinkan kulit, menguatkan tulang dan menyihatkan badan. Saya tidak pernah menjumpai produk yang sebegini bagus seumur hidup saya di mana saya telah mencuba banyak produk dan mengeluarkan ribuan ringgit utk mendapat hasil sebegini tetapi tidak mendatangkan apa-apa hasil yang dijanjikan. Saya juga memberikan produk-produk elken kepada anak-anak dan dapat hasil yang memuaskan dari segi kesihatan dan perkembangan mental. Mungkin saudara telah menggunakan produk-produk ELKEN, ada yang menggunakan separuh jalan serta masih dalam penyembuhan di mana terdapat kesan sampingan daripada proses penyembuhan (cthnya penutralan asid kepada alkali) dan terus menyalahkan produk ELKEN tidak berkualiti, saudara mungkin silap, saudara sendiri mungkin tidak faham akan konsep MRT dan cara penyembuhan produk-produk ELKEN, saudara mungkin tidak mengikut disiplin penggunaan produk-produk dimana perlu di ambil berterusan sehingga kesan sampingan dan ketidakstabilan metabolisma sudah hilang seterusnya akan memberikan kesihatan yang optimum, saudara mungkin tidak menghubungi penaja atau pengedar di mana saudara berurusan untuk bertanyakan hal ini dan mungkin juga saudara tidak pasti dan tidak mendapat penerangan secukupnya tentang produk-produk ELKEN. Maka saudara tidak silap, tetapi salah faham. Cuba hubungi pengedar anda semula untuk bertanyakan hal ini supaya mendapat penjelasan yang sewajarnya. Tetapi bagi saya, pengedar yang bagus sentiasa menghubungi pelanggannya untuk mendapatkan berita terkini, dan terserahlah kepada saudara untuk memilih pengedar yang terbaik. Sama juga kes – kes kesihatan di klinik dan hospital, tidak semestinya pergi sekali akan sembuh dan memang terbukti perlu pergi berkali-kali walaupun tidak ada jaminan penyakit akan sembuh, lihatlah kes-kes diabetes, darah tinggi, kanser dan sebagainya, berapakah yang boleh sembuh dari penderitaan walaupun berkali-kali jumpa pakar perubatan, saya tidaklah menafikan ilmu pakar-pakar perubatan tetapi adakah saudara pernah di nasihatkan doktor supaya bersihkan usus, gunakan konsep MRT dalam kesihatan anda, cerita pasal sel2 badan , ceritakan pasal kesan buruk toksin badan dan sebagainya…mereka hanya mampu memberikan pain killer untuk kurangkan sakit, tidak ada kepastian dalam pengubatan mereka..tetapi kita masih memerlukan mereka dalam kes-kes kecemasan yang tidak dapat di sembuhkan dan mengurangkan kesakitan melalui pengambilan “health food”. Seperkara lagi, cthnya ingin mengurangkan berat badan yang memang dah besar berpuluh-puluh tahun bukanlah dengan penggunaan produk dalam masa 2 bulan hingga 3 bulan, disiplin pemakanan amatlah penting supaya penurunan berat badan berjalan dengan lancar, silapnya kita akan berhenti menggunakan produk sekiranya sudah turun sedikit, kita mesti kena ingat, tahap metabolisma badan kita sebelum mengurangkan berat badan sehingga dalam proses penurunan berat badan , iaitu metabolisma badan akan berubah, mungkin membuatkan kita rasa sekejap letih,sekejap bertenaga dan mungkin bertambah lapar, ini menunjukkan sel-sel badan tengah berlaku perubahan. Sekiranya kita tidak meneruskan pengambilan produk ianya akan menyeksakan badan kita sendiri kerana masih dalam proses “penyembuhan” dan sel-sel kita maish memerlukan unsur-unsur perubatan dari produk-produk sehinggalah sel-sel itu sembuh. Seperkara lagi “Jangan jadikan badan kita dan badan sesiapa sebagai TIKUS PUTIH” yang selalu dijadikan kajian di dalam makmal perubatan. Ini biasanya berlaku apabila kita kerap ke hospital tanpa apa2 penyelesaian. Walaupun bukan untuk diri anda, buatlah untuk orang yang anda sayangi. Saya bukanlah dokor, tetapi dari pembelajaran saya, badan kita terbentuk dari sel-sel di mana badan kita mempunyai 60 trillion sel. Sel-sel ini memerlukan nutrient yang lengkap di mana tidak terdapat di dalam pain killer, pain killer lebih kepada menahan sakit (“menipu” sel2 badan supaya mentafsirkan sakit kepada keadaan biasa) tetapi sebenarnya tidak menghilang penyakit malah memberi kesan sampingan kepada badan kita, biasanya allergic,gastric dan sebagainya…tetapi health food dan konsep MRT boleh membantu sel-sel membaiki kerosakan dan mengantikan dengan sel-sel yang baru dan seterusnya menghilangkan penyakit. Saya tidak cakap pain killer tidak diperlukan, tetapi kombinasi kedua-dua bahan ini akan menyeimbangkan proses penyembuhan yang lengkap, setelah sembuh, pain killer tidak diperlukan lagi. Kenapa saya mengatakan sedemikian, memang benar! ELKEN mempunyai konsep yang lengkap dalam penyembuhan penyakit melalui pembaharuan sel-sel mati kepada baru, pengekalan kesihatan dan meningkatkan kesihatan rohani iaitu MRT. Di sini saya akan membuat perbezaan ELKEN dengan syarikat-syarikat yang lain di Malaysia, saya namakan syarikat-syarikat itu “A” dan “C” di mana perniagaan “health food” juga, terpulanglah kepada individu untuk meletakkan andaian apakah nama-nama syarikat itu dalam fikiran saya. Saya pernah bertanya kepada pengedar-pengedar syarikat-syarikat ini, apakah konsep yang di amalkan oleh syarikat dalam memasarkan produk-produk dan bagaimanakah sistem yang di amalkan dalam perniagaan mereka. Saya juga bertanya tentang sejarah syarikat dan sejarah kemasukkan perniagaan “health food” ke dalam syarikat mereka. Mereka boleh menjawab setakat mana yag mereka tahu dan jawapan terapung tanpa bertali, lebih-lebih lagi jawapan kepada konsep dan system yg di amalkan. Perniagaan “health food” tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan nyawa dan kesihatan orang ramai. Mereka tidak mampu menimbulkan kesedaran dan keperluan “health food” dalam diri saya, maka saya tidak nampak keperluan tersebut, maka di ELKEN, konsep dan sistem syarikat lebih mengutamakan kesedaran dan keperluan orang ramai kepada kepentingan “health food” dan konsep yang betul dalam penyembuhan penyakit iaitu MRT, dengan cara ini ELKEN mudah mendapat tempat di hati orang ramai kerana ianya terang dan jelas.
Berbalik kepada kisah saya sebagai pengurus di sebuah syarikat computer dan saya meluangkan masa 3-4 jam sehari untuk perniagaan ELKEN di sebelah malam dan hari minggu, saya tentulah akan bertanya tentang kualiti produk dan pengiktirafan syarikat di mana saya memang jenis yang terperinci dalam memilih syarikat2 yang sesuai dalam membuat setiap keputusan, maka dari situlah saya akan bertanya adakah syarikat2 mereka mempunyai insuran produk, pengiktirafan ISO bagi kualiti produk dan system dan jawapan mereka adalah tidak memuaskan hati saya, berlainan dengan syarikat ELKEN, semua yang saya perlukan memang ada dalam ELKEN, di sebabkan itulah saya berani menceburkan diri dalam perniagaan ini. |
||